welcome to my blog
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner sahabat cinta hati

assalamualaikum . welcome to my blog :)


mr.boyfie!

Daisypath Anniversary tickers




Jumlah Pengunjung Comel

the best web counter
Know Web Hits

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: atynsyera
Others: ? ? ?
SEO Services & ToolsSubmit Express


RAMADHAN HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

Assalamualaikum pembaca blog yang hensem kacak comel cantik !

rasa macam dah lama tak update blog kan sepanjang bulan ramadhan ni ? MAAF :) hehe al maklumlahh banyak sangat komitmen yang kena bagi sampai blog pun tak sempat nak update .

Alhamdullilah sedar tak sedar ramadhan hampir melabuhkan tirai . So ? Bagaimana dengan bulan ramadhan yang penuh barakah ini ? Cukup tak amal kita sepanjang bulan ramadhan ini ? Penuh tak solat terawih kita ? Al-Quran pula bagaimana ? sudah sampai ke juzuk akhir ke belum ?

TANYA DIRI TANYA HATI TANYA IMAN KITA .

andai ini ramadhan terakhir kita ? bagaimana ? adakah kita sudah bersedia ?

Sebelum tu salam takziah aku ucapkan buat keluarga mangsa nahas MH17 . Semoga allah merahmati roh mereka semua . Ajal maut kita tak kira bila akan tiba mungkin sekejap lagi atau mungkin seminit dua lagi . Allah itu maha mengetahui semuanya .
Di saat kita bergembira menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba, ada antara kita yang bersedih di atas kehilangan orang yang tersayang .

Penghujung kata, aku susun 10 jari memohon beribu kemaafan mungkin sepanjang penulisan aku di blog ada yang menyentuh sensitif hati kalian , mungkin membuat kalian terasa dengan segala bait kata yang aku luahkan . aku bukan malaikat yang tak pernah membuat dosa . segala khilaf diri ini , ku mohon di ampuni :) SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


sincerely : atyn syera
SUSAH NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG

Assalamualaikum pembaca blog semua :)

aku tahu mesti semua akan alami situasi di mana kita asyik menjaga hati orang tapi kita tak pernah terfikir langsung hati dan perasaan kita kan ?


kadang kadang aku pun rasa situasi tu . ehh nope bukan kadang kadang . tapi selalu . serious ! aku penat . aku penat jaga hati orang sedangkan hati aku menangis sendirian . di kala kita sibuk menjaga hati orang lain , tanpa kita sedar kita mengguris hati sendiri .

tapi aku sedar ,
siapalah aku di mata mereka untuk hati ku ini di jaga .
siapalah aku di hati mereka sekiranya aku sering di dijadikan tempat untuk segala masalah .
siapalah aku pada mereka jika apa yang aku buat semuanya buruk di mata mereka .
tapi setiap orang ada kekurangan ,kelemahan dan kelebihan .
aku sedar dan aku redha atas semuanya.
makin aku diam kan perangai mereka ,
makin senang dan mudah maruah aku di pijak sedemikian rupa .
makin senang dan mudah aku di kutuk sebegitu rupa .

aku tahu setiap orang ada hati ,
aku tahu setiap orang ada perasaan ,
aku tahu setiap orang ada masalah ,
tapi
siapa aku untuk menyuarakan segala isi hati yang ada ?
siapa aku untuk mendiamkan diri lalu di katakan memendam di dalam hati .


Ya !
aku memang memendam .
aku jarang meluahkan apa yang aku rasa dalam hati .
kenapa ? dah memang perangai aku .
jika aku bersuara,
pasti mereka akan mengatakan aku bercakap sesedap rasa .
pasti mereka akan mengatakan aku memerintah ikut suka .
pasti mereka akan mengatakan aku suka menunjuk segala yang aku ada .
TAPI .
mereka tak sedar .
aku bercerita kerana keluarga jauh di mata untuk aku meluahkan semua rasa .
aku bukan hamba abdi untuk membuat semua kerja .
aku sekadar berkongsi apa yang aku ada dan tiada niat untuk menunjuk .
tapi aku tahu .
tak semua suka apa yang kita lakukan .
KENAPA ?
sebab kita susah nak puaskan hati semua orang .
aku cuba menjaga hati mereka .
TAPI
dalam diam mereka telah sakitkan satu hati .
hati siapa ?
HATI AKU !



sincerely : atyn syera
AL FATIHAH BUAT BIDUANITA NEGARA , DATUK SHARIFAH AINI

Assalamualaikum pembaca blogger :)


Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati . Baru sebentar tadi kita di kejutkan dengan berita pemergian biduanita negara, Datuk Sharifah Aini . Beliau dilahirkan pada 2 Julai 1953, dan memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam .


Allahyarham meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat fibrosis paru paru @ jangkitan kuman paru paru .Jenazah Allahyarham Datuk Sharifah Aini akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.


Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman . In shaa allah , aaminn :(

sincerely : atyn syera
PERSAHABATAN


Assalamualaikum pembaca blog aku sekalian :)

hari ni aku nak share pasal persahabatan . Apa yang korang faham tentang KAWAN , SAHABAT dan TEMAN ?

Korang rasa lah kan , korang ni kategori yang mana ?

KAWAN

seorang kawan yang selalu ada untuk kawan yang lain di waktu susah dan senang ATAU seorang kawan yang ada hanya waktu senang ATAU seorang kawan yang selalu ada hanya untuk ketawa ?

SAHABAT

seorang sahabat yang menjaga hati sahabatnya dan ketepikan perasaan sendiri ATAU seorang sahabat yang menjadi cermin untuk sahabatnya ATAU seorang sahabat yang setia untuk sahabatnya ATAU seorang sahabat yang menjaga hati sendiri tanpa mempeduli perasaan sahabatnya ?

TEMAN

teman yang menjadi teman mesra sama ada seorang lelaki dan seorang perempuan ? ATAU menjadi seorang teman yang menjadi kawan dan sahabat dalam 1 masa yang sama atau seorang teman di kala suka dan duka ATAU menjadi seorang teman yang mampu menggembirakan kawan dan sahabat yang lain ?


mana satu pilihan korang ? mana satu sebenarnya diri korang ni ? cuba renungkan dan fikir kembali .

kalau bagi diri aku sendiri . aku sayang kawan aku . aku cuba untuk jaga hati semua kawan kawan aku walaupun hakikatnya hati aku sendiri yang sakit . aku cuba jauhkan diri bila aku rasa aku dah tak di peduli . aku tak tunjukkan aku sedih bila aku rasa kawan kawan dah tak peduli aku . tapi tolong ! aku bukan TUNGGUL ! even aku senyap , aku bukan malaikat yang mampu sembunyikan apa yang aku rasa . Aku tak mampu luahkan melalui kata hanya jari yang mampu menaip . and 1 perkara yang aku tak suka bila di setiap persahabatan muncul seseorang yang mampu menjauhkan hubungan persahabatan aku tu .


sincerely : atyn syera
Cantik Pada Pandangan Manusia VS Cantik Pada Pandangan Allah



Assalamualaikum pembaca sekalian :)

Hari ni aku nak tanya korang . Macam mana korang rasa yang dia tu cantik ? Sama ada korang perhati kan dari luaran sahaja mahupun korang dah perhati dia luar dan dalam ?

Dari pemerhatian aku ,si cantik ini pasti akan di kelilingi ramai lelaki dan perempuan yang cuba rapat dengan dia . Biarlah dia ni berkelakuan apa sekali pun , yang penting dia cantik !

Bila mereka berkawan dengan si cantik ini , apabila berjalan ke sana ke sini mereka pasti akan di pandang dan mendapat perhatian . SEBAB APA ? Sebab si cantik ini !

Korang tak percaya ? Cuba tenguk kawan kawan korang yang "CANTIK" tu . Kemana mana orang akan sebut , "ehh , dia cantik lah" , "ehh, dia lawa lah" , "ehh, mesti dia baik "

Tapi , bagaimana cantik pada pandangan ALLAH ? Cuba kita bayangkan situasi ini .

PERTAMA : korang bukak FACEBOOK dia then korang stalk gambar gambar dia walaupun korang rasa dia tu seksi or hot . Mesti perkataan pertama muncul dari mulut kita , "yes ! dia cantik"

KEDUA : korang pergi lah dekat mana mana sama ada sekolah , IPTA/IPTS , tempat kerja dan sebagainya . then mesti akan ada seseorang yang korang rasa "CANTIK" . Dan pasti ramai yang akan berkawan dan cuba rapat dengan SI CANTIK ini walhal si CANTIK ini selalu mempergunakan orang di sekeliling sebab dia kata dia CANTIK !

KETIGA : korang pergi dekat shooping mall , mesti akan ada SI CANTIK ini masuk ke kedai kedai produk kecantikan atau kedai kedai baju . Dari atas dengan rambut yang perang , dengan baju sendat di dada dan dengan skirt yang menjolok mata . Akan ada sesetengah lelaki cuba rapat dan berkenalan .

So ? Pada pandangan manusia , yes ! dia memang cantik dan rasa dia sempurna , sebab apa ? sebab dia CANTIK ! tapi bagaimana nak jadi yang cantik pada pandangan ALLAH ? Mehh aku bagi tips sedikit .


Sebenarnya ALLAH menciptakan kita tidak dengan sia-sia. Kita dituntut untuk terus menerus beribadah kepadaNya. Ilmu agama yang harus kita gali adalah ilmu yang Ittibaurrasul (mencontoh Rasulullah). Dalam Al-Qur’an dikatakan bahwa ALLAH menciptakan manusia dengan sebaik baik bentuk :
"Laqod kholaqnal insaana fii ahsani taqwiim"
artinya : "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." ( Qs. 95 : 4 ).

"CANTIK" adalah wanita yang mampu memahami bahwa dia diciptakan dengan sebaik baik bentuk dan dia diciptakan adalah untuk beribadah: "wa maa kholaqtuljinna wal insa illa liya’buduun" artinya : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (Qs. 51 : 56).
Rasulullah Shalallahu alaihi Wa Salam bersabda: "Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak maka rusak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati.(HR Bukhari dan Muslim)

Allahumma kamaa hassanta khalqii, fahassin khuluqii.
Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah kejadian (fisik) ku, maka perindah pulalah akhlakku..(HR. Ahmad)


-Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis, atau dengan kata lain, menyakitkan hati orang lain sama ada dengan bahasa keras atau sindiran.
-Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yang tidak selari dengan peribadi Muslimah.
-Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.
-Jangan tinggalkan solat lima waktu (sekiranya dalam keadaan suci).
-Memakai pakaian yang sopan, tidak menjolok mata dan bersih.
-Selalu berfikiran positif.
-Membanyakkan zikir, selawat dan membaca al-Quran.
-Berbaik sangka dengan orang lain dan tekanan yang menghimpit.
-Berbaik sangka dengan ALLAH, termasuk dengan segala ujian yang ALLAH beri.
-Jangan abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan dan hindari keburukan .

So ? Korang nak nampak cantik pada pandangan manusia sahaja kah ? ATAU pada pandangan manusia dan pandangan ALLAH ? FIKIR-FIKIRKAN LAH :)















sincerely : atyn syera
Older Post | Newer Post