welcome to my blog
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner sahabat cinta hati

assalamualaikum . welcome to my blog :)


mr.boyfie!

Daisypath Anniversary tickers




Jumlah Pengunjung Comel

the best web counter
Know Web Hits

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: atynsyera
Others: ? ? ?
SEO Services & ToolsSubmit Express


SELAMAT DATANG 2013



Assalamualaikum . Haii korang . Firstly , terima kasih ALLAH sebab memberi nafas untuk atyn dan kawan-kawan atyn nie memulakan kehidupan pada tahun yang baru nie . Seperti kebiasaaan nya , pasti penuh dengan FACEBOOK , TWITTER , INSTAGRAM ,dan macam-macam lagi lah laman sembang dengan STATUS HAPPY NEW YEAR .

Di ambang 2013 malam tadi , pasti ramai yang pergi tenguk bunga api kan ? atyn tenguk jugak , tapi dalam TV jea lah . Tahun baru nie , atyn yakin dan pasti lah ramai budak-budak remaja melakukan kegiatan dan aktiviti yang bagi mereka di anggap normal kan seperi : MEREMPIT ! haa , nie memang SAH , WAJIB lah bagi budak-budak zaman sekarang .


atyn cuma nak ingat kan jea kat korang yang suke merempit ke berlumba ke , henti-hentikan lah yea . nanti buruk padahnya . Okey , bagi budak-budak sekolah , pastinya lepas nie korang kene tukar jadual korang macam pukul 6 bangun pagi . buat homework , dan kene tidur awal !! kalau tak , nanti korang mengantuk dalam kelas .




okey , macam mana pulak dengan azam lama korang ? dah dapat ditunaikan belum ? alhamdullilah , azam atyn dah tertunai . azam baru 2013 nie macam mana pulak ?
Atyn harap azam korang tahun 2013 nie , akan tertunaii . aminn :D

thanks jugak bagi kengkawan atyn yang wish malam tadi . sampai habis kredit membalas nye . hehe , tak apa . demi kengkawan atyn , perkara kecik jea tuu . Ibu dengan ayah pun sampai penat dengan SAMSUNG CHAMP atyn tuu bunyi JANG OO JANG . SORRY , ibu ayah . handfhone nie memang suke berbunyi .

1.1.2013 nie atyn tak ada buat apa-apa pun . ibu dengan ayah kerja . DIA pun kerja jugak . hoho , melangut lah atyn jawabnya dekat rumah . Apa-apa pun , atyn berharap sangad agar tahun 2013 nie , atyn dapat menjalani kehidupan yang baru . semalam atyn hantar mesej dekat dia macam nie "eh , kita dah 18 tahun lah" "KITA" means atyn dengan dia lah ! huwawa :D



sincerely : atyn syera
Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Assalamualaikum .. Hari nie atyn nak buat 1 pengumuman !! Tadi atyn blogwalking dekat blog kak niera . then atyn ada jumpa 1 segmen nie . nak tahu ?


kalau korang tak boleh klik banner tu , klik dekat link nie

Tarikh Berlangsungnya Segmen :
30/12/12 ---> 30/1/13

Hadiah :
Topup RM30 [Top Referral]
Review Blog + Bloglist Setahun [Penerjah Paling Banyak]
Bloglist Setahun [Peserta Bertuah]
Hadiah Misteri [Peserta Awal | Tengah | Akhir]

[Hadiah Akan Bertambah Jika Lebih 200 Peserta]

#jom join ramai-ramai !!



sincerely : atyn syera
PERKAHWINAN KHAIRUL FAHMI DAN LEUNIEY NATASHA

Assalamualaikum korang !

Hari nie, seperti yang diperkatakan oleh media dan Khairul Fahmi sendiri, adalah hari berbahagia pasangan merpati dua sejoli ini, apabila di ijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada hari Jumaat bersamaan, 28/12/2012.

Atyn tahu mesti semua orang tertunggu-tunggu nak tengok skuad harimau melaya yang hensem nie kahwin kan, yang mana peminat setia KHAIRUL FAHMI nie mesti nye patah hati sebab di dah kawen !!

Gambar perkahwinan Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha





#kita doakan semoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat..aminn.


sincerely : atyn syera
Bila Kena Senggugut (bahagian 1)

Haii korang . Hari nie atyn nak kongsi tentang perihal "perempuan".
Ada sesetengah perempuan biasanya malu jika datang haid . Sedangkan perkara ini wajar untuk LELAKI tahu . Sebab , lelaki kan ada ibu , adik perempuan dan bakal ada isteri .
Jikaa seorang perempuan sedang di dalam haid , pasti emosi nya pun turut berubah . Okey , now atyn nak cerita tentang "SENGUGUT"


Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah.

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.

Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi.

Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

sincerely : atyn syera
SHISHA !

Haii korang . tetiba malam nie otak atyn ligat memikirkan tentang SHISHA dan jari atyn pun laju menaip tentang SHISHA .

Okey now , APA ITU SHISHA ?

shisha adalah panggilaan dalam bahasa arab. ia sejenis waterpipe la lebih kurang. cara hisap dia senang. sebab aku dulu member ramai hisap shisha. malam malam minggu kat melaka, open table kat pantai klebang. eh aku tak hisap ok. sebab alah dengan asap. cara hisap dia cuma letak je perisa kat tempat dia, pastu letak batu arang panas kat atas dia pastu kita sedut asap dia pakai pipe. Haa , macam tuu lah .

SAPA KATA SHISHA KURANG BAHAYA BERBANDING ROKOK ??

shisha dan rokok adalah dua benda yang sama. kita layan tembakau tapi dengan cara yang berbeza. cuma nikotinnya kurang sikit compare dengan rokok. TAPI TAPI TAPI tar dalam shisha jauh lagi tinggi dari rokok ye cik akak dan cik abang sekalian !


Ada sumber yang mengatakan ,

"masyarakat yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar."

APA HUKUM HISAP SHISHA DARI PANDANGAN ISLAM?

soalan ni pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. jom kita baca!

Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?

Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:


يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)


Dan firmannya lagi:


ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)


Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)


#atyn dapat nie pun dari blog cik aish
jom kita renung-renung kan okey :)




sincerely : atyn syera
Kem !!!

Haii korang . Maaflah sebab dah lama rasanya tak update blog nie .
Atyn pergi KEM BSMM dekat SK AYER BALOI PONTIAN .
Kem nie tentang BENCANA !
Seriously HAPPY dan SANTAI sangad ! Atyn bertolak dari rumah pada jam 7 pagi . Atyn pergi dengan EN.RAHIM dan KAK AMYLISA .


Sampai jea dekat sana , atyn terus jea masuk kelas .



Atyn kenal dengan ramai peserta kursus dari macam-macam daerah . Ada dari daerah MUAR , KLUANG , PONTIAN , err macam-macam lah yang penting dari daerah JOHOR . Eh , ada EXAM jugak tau !EXAM nie untuk dapatkan SIJIL .Pelbagai benda yang Atyn belajar dari kem nie .


Satu perkara yang BEST masa KEM nie , asyik MAKAN jea ! Atyn rasa kalau KEM nie SEMINGGU , GEMUK lah Atyn jawab nya .



Alhamdullilah , selesai akhirnya KEM nie selama 2 hari 1 malam yang bertempat di SK AYER BALOI , PONTIAN . Atyn dapat kenal dengan ramai pegawai dan ahli BSMM dari Daerah Johor . Pengujung program kami sempat bergambar tanda kenangan .


Atyn nak ucapkan berbanyak terima kasih terutama pada Kak Amylisa sebab dia yang ajak atyn pergi kem tu . Kalau tak , tak ada lah atyn dekat kem tu . .




sincerely : atyn syera
WOW , AMAZING !

Haii korang . Tadi atyn berblog walking . Then atyn terjah blog amalina suhaimi . Then atyn ternampak satu tutorial tentang check your blog price . Atyn pun saja jea lah check harga blog atyn . Wuhoo , nak tahu berapa tak ? RM 1,261.73 . Confirm lah ada yang mengata "setakat harga tu aku pun boleh dapat" kan ? WHATEVER lahh awak-awak semua . Atyn tak kesah pun korang nak mengata apa-apa .

Nak tahu macam mana nak check harga blog ?
Meyh sini atyn ajar . Alamak , nie bab tutorial nie kan ? Alah , tak kesah lah . Apa yang atyn tahu tu lah yang atyn share okey . Ape-ape pun atyn nak credit kan kat amalina .

1 ) pergi ke WEBSITE nie
2 ) korang isi aje website korang dekat situ .

haa , dah tahu belum harga blog korang ? MESTI lagi MAHAL dari blog atyn kan ?

sincerely : atyn syera
Crazy !



HAII . korang pernah buat kerja GILA tak ? TIPU lah kalau tak pernah ?
Korang pernah buat tak ? TAK TIDUR 1 MALAM ?
Haha . tu lah yang atyn buat semalam . Atyn bosan . Tak boleh nak tidur lah . Then atyn online FACEBOOK , TWITTER and blogwalking .

Tapi FACEBOOK dengan TWITTER , bosan kalau layan malama-malam . Then atyn blogwalking jea lah . Sedar tak sedar sampai pukul 5 . Baru lah matan atyn mengantuk sangad . Baru jea nak terlelap , SAMSUNG CHAMP nie pun mengeluarkan lagu "AKU SUKA DIA". Atyn dah dapat agak dah siapa yang telefon pagi-pagi buta nie . Siapa lagi kalau bukan SIDIA . Sebab lagu "AKU SUKA DIA" tu atyn letak sebagai nada dering kalau DIA telefon .

Kesian jugak lah kat dia sebab bila atyn mengantuk , atyn jawab pun macam nak tak nak jea . Then tetiba DIA marah . HUHU . Kalau atyn jadi dia pun atyn marah sebab waktu tidur tapi atyn tak tidur . Tapi disebabkan mengantuk yang amat sangad , atyn tertidur . TApi atyn tahu dia marah . Err==' MAAF awak .




sincerely : atyn syera
Older Post | Newer Post