welcome to my blog
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner sahabat cinta hati

assalamualaikum . welcome to my blog :)


mr.boyfie!

Daisypath Anniversary tickers




Jumlah Pengunjung Comel

the best web counter
Know Web Hits

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: atynsyera
Others: ? ? ?
SEO Services & ToolsSubmit Express


Bila Kena Senggugut (bahagian 1)

Haii korang . Hari nie atyn nak kongsi tentang perihal "perempuan".
Ada sesetengah perempuan biasanya malu jika datang haid . Sedangkan perkara ini wajar untuk LELAKI tahu . Sebab , lelaki kan ada ibu , adik perempuan dan bakal ada isteri .
Jikaa seorang perempuan sedang di dalam haid , pasti emosi nya pun turut berubah . Okey , now atyn nak cerita tentang "SENGUGUT"


Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah.

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.

Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi.

Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

sincerely : atyn syera
Older Post | Newer Post