sweet owner assalamualaikum . welcome to my blog :) borak borak! Flash Back! » December 2012 » January 2013 » February 2013 » March 2013 » April 2013 » May 2013 » December 2013 » March 2014 » May 2014 » June 2014 » July 2014 Jumlah Pengunjung Comel Know Web Hits
Credits!
SEO Services & ToolsSubmit Express
| SHISHA ! Haii korang . tetiba malam nie otak atyn ligat memikirkan tentang SHISHA dan jari atyn pun laju menaip tentang SHISHA . Okey now , APA ITU SHISHA ? shisha adalah panggilaan dalam bahasa arab. ia sejenis waterpipe la lebih kurang. cara hisap dia senang. sebab aku dulu member ramai hisap shisha. malam malam minggu kat melaka, open table kat pantai klebang. eh aku tak hisap ok. sebab alah dengan asap. cara hisap dia cuma letak je perisa kat tempat dia, pastu letak batu arang panas kat atas dia pastu kita sedut asap dia pakai pipe. Haa , macam tuu lah . SAPA KATA SHISHA KURANG BAHAYA BERBANDING ROKOK ?? shisha dan rokok adalah dua benda yang sama. kita layan tembakau tapi dengan cara yang berbeza. cuma nikotinnya kurang sikit compare dengan rokok. TAPI TAPI TAPI tar dalam shisha jauh lagi tinggi dari rokok ye cik akak dan cik abang sekalian ! Ada sumber yang mengatakan , "masyarakat yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar." APA HUKUM HISAP SHISHA DARI PANDANGAN ISLAM? soalan ni pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. jom kita baca! Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan? Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt: يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4) Dan firmannya lagi: ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157) Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi) #atyn dapat nie pun dari blog cik aish jom kita renung-renung kan okey :) |