welcome to my blog
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner sahabat cinta hati

assalamualaikum . welcome to my blog :)


mr.boyfie!

Daisypath Anniversary tickers




Jumlah Pengunjung Comel

the best web counter
Know Web Hits

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: atynsyera
Others: ? ? ?
SEO Services & ToolsSubmit Express


Cantik Pada Pandangan Manusia VS Cantik Pada Pandangan Allah



Assalamualaikum pembaca sekalian :)

Hari ni aku nak tanya korang . Macam mana korang rasa yang dia tu cantik ? Sama ada korang perhati kan dari luaran sahaja mahupun korang dah perhati dia luar dan dalam ?

Dari pemerhatian aku ,si cantik ini pasti akan di kelilingi ramai lelaki dan perempuan yang cuba rapat dengan dia . Biarlah dia ni berkelakuan apa sekali pun , yang penting dia cantik !

Bila mereka berkawan dengan si cantik ini , apabila berjalan ke sana ke sini mereka pasti akan di pandang dan mendapat perhatian . SEBAB APA ? Sebab si cantik ini !

Korang tak percaya ? Cuba tenguk kawan kawan korang yang "CANTIK" tu . Kemana mana orang akan sebut , "ehh , dia cantik lah" , "ehh, dia lawa lah" , "ehh, mesti dia baik "

Tapi , bagaimana cantik pada pandangan ALLAH ? Cuba kita bayangkan situasi ini .

PERTAMA : korang bukak FACEBOOK dia then korang stalk gambar gambar dia walaupun korang rasa dia tu seksi or hot . Mesti perkataan pertama muncul dari mulut kita , "yes ! dia cantik"

KEDUA : korang pergi lah dekat mana mana sama ada sekolah , IPTA/IPTS , tempat kerja dan sebagainya . then mesti akan ada seseorang yang korang rasa "CANTIK" . Dan pasti ramai yang akan berkawan dan cuba rapat dengan SI CANTIK ini walhal si CANTIK ini selalu mempergunakan orang di sekeliling sebab dia kata dia CANTIK !

KETIGA : korang pergi dekat shooping mall , mesti akan ada SI CANTIK ini masuk ke kedai kedai produk kecantikan atau kedai kedai baju . Dari atas dengan rambut yang perang , dengan baju sendat di dada dan dengan skirt yang menjolok mata . Akan ada sesetengah lelaki cuba rapat dan berkenalan .

So ? Pada pandangan manusia , yes ! dia memang cantik dan rasa dia sempurna , sebab apa ? sebab dia CANTIK ! tapi bagaimana nak jadi yang cantik pada pandangan ALLAH ? Mehh aku bagi tips sedikit .


Sebenarnya ALLAH menciptakan kita tidak dengan sia-sia. Kita dituntut untuk terus menerus beribadah kepadaNya. Ilmu agama yang harus kita gali adalah ilmu yang Ittibaurrasul (mencontoh Rasulullah). Dalam Al-Qur’an dikatakan bahwa ALLAH menciptakan manusia dengan sebaik baik bentuk :
"Laqod kholaqnal insaana fii ahsani taqwiim"
artinya : "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." ( Qs. 95 : 4 ).

"CANTIK" adalah wanita yang mampu memahami bahwa dia diciptakan dengan sebaik baik bentuk dan dia diciptakan adalah untuk beribadah: "wa maa kholaqtuljinna wal insa illa liya’buduun" artinya : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (Qs. 51 : 56).
Rasulullah Shalallahu alaihi Wa Salam bersabda: "Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak maka rusak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati.(HR Bukhari dan Muslim)

Allahumma kamaa hassanta khalqii, fahassin khuluqii.
Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah kejadian (fisik) ku, maka perindah pulalah akhlakku..(HR. Ahmad)


-Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis, atau dengan kata lain, menyakitkan hati orang lain sama ada dengan bahasa keras atau sindiran.
-Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yang tidak selari dengan peribadi Muslimah.
-Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.
-Jangan tinggalkan solat lima waktu (sekiranya dalam keadaan suci).
-Memakai pakaian yang sopan, tidak menjolok mata dan bersih.
-Selalu berfikiran positif.
-Membanyakkan zikir, selawat dan membaca al-Quran.
-Berbaik sangka dengan orang lain dan tekanan yang menghimpit.
-Berbaik sangka dengan ALLAH, termasuk dengan segala ujian yang ALLAH beri.
-Jangan abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan dan hindari keburukan .

So ? Korang nak nampak cantik pada pandangan manusia sahaja kah ? ATAU pada pandangan manusia dan pandangan ALLAH ? FIKIR-FIKIRKAN LAH :)















sincerely : atyn syera
Older Post | Newer Post